|
|
|
|
|
 |
|
 |

KESIHATAN
Kemudahan kesihatan yang disediakan oleh pihak kerajaan disini ialah seperti Poliklinik komuniti Kupang. Terdapat lebih kurang 45 orang kaki tangan kerajaan diklinik ini.Klinik ini telah menyediakan beberapa perkhidmatan yang berkaitan dengan kehendak masyarakat disini dan memudahkan pemerosessan sama dengan apa yang ada di hospital kerajaan. Antara kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh mereka ialah klinik gigi yang mana ianya dikendalikan oleh Dr. Roslina binti Mohd Jail( Pegawai pergigian). Selain daripada itu pihak klinik juga menyediakan beberapa aktiviti-aktiviti harian yang dijalankan oleh pegawai perubatan masing-masing.
Daripada sumber yang diterima, pihak klinik telah menjalankan kegiatan seperti pemeriksaan gigi, klinik bidan ibu dan kanak, pakar perunding dan rawatan pesakit luar dan sebagainya. Dengan cara itu klinik ini telah membahagikan beberapa unit penting bagi mencernakan dan menjadikan klinik ini sebagai satu kemudahan asas kepada masyarakat. Penyediaan Unit farmasi juga disediakan oleh klinik bagi mengendalikan pembahagian ubat –ubatan kepada pesakit-pesakit luar. Unit ini dikendalikan oleh saudara Yusuf. Klinik ini juga telah menyediakan 2 orang doctor perubatan bagi membantu masalah yang dihadapi oleh pesakit. Mereka ialah Dr. Zamri dan Dr. Anita Jin. Antara aktiviti-aktiviti kesihatan yang dilakukan oleh pihak kesihatan terhadap Warga Emas ialah Program Saringan HIV secara sukarela dan tanpa nama, bagi mereka yang berisiko supaya menjalankan ujian darah bagi mengetahui status HIV. Ianya terbuka kepada semua peringkat termasuk remaja yang berusia belasan tahun. Selain itu klinik ini juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kakitangan dan masyarakat setempat yang ingin menjalankan aktiviti ini secara sukarela dan terbuka seperti senaman pagi pada tiap-tiap hari khamis dengan mengunakan beberapa bantuan alat snamrobik. Aktiviti-aktiviti lain juga turut dilakukan oleh klinik ini antaranya ialah seperti skim latihan kepada pekerja atau staff yang baru menjalani latihan perbidanan dan sebagainya.
|
|
 |
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
|