PUSAT INTERNET DESA KUPANG  
 
  Pelancongan 05/22/2025 10:40am (UTC)
   
 

PELANCONGAN
Pusat Reakreasi Ulu legong


(Kolam Air Hangat,Mandian Berkhasiat)
Pusat ini boleh dikunjungi melalui jalanraya menghala ke utara Daerah Baling. Jaraknya 30 km dari Kupang dan 19 km dari Bandar Baling. Ianya dibuka 24 jam sehari dan anggaran jumlah pengguna sehari seramai 100 orang, kebanyakan pengunjung datangnya dari negeri Kedah dan negeri-negeri yang berhampiran seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Kemudahan
Mempunyai 4 kolam air panas dengan suhu yang berbeza, 6 buah chalet yang dilengkapi penghawa dingin, tapak untuk perkemahan, surau, gerai makanan dan minuman  selesa dan selamat untuk dikunjungi oleh semua pengunjung.
Bayaran
Tiket masuk



Dewasa

RM : 2.00

Kanak-kanak bawah 12 tahun

RM : 1.00

Letak Kereta



Motokar

RM : 1.00

Van

RM : 2.00

Bas

RM : 3.00

*Chalet : Dari RM: 80.00 –RM100.00 satu bilik
Sebarang Urusan Tempahan & Pertanyaan Sila Hubungi
04-4732284 Fax: 04-4732283 (Ulu Legong)
04-4701800 ( Majlis Daerah Baling)


HUTAN LIPUR LATA BAYU

 

 

terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Keunikan hutan lipur ini ialah terdapat air terjun yang menarik setinggi 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung. Keadaan rupabumi adalah berbukit bukau dan terdapat denai sepanjang 5 km menuju ke Bukit Tok Bidan yang mempunyai ketinggian 842 meter aras paras laut.
Hutan Lipur Lata Bayu menyediakan beberapa kemudahan asas untuk pengunjung melakukan aktiviti di sini. Kemudahan yang disediakan seperti untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Disamping itu beberapa gerai makanan dan cenderamata disediakan di hutan lipur ini. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini. Selain itu, padang juga
disediakan di sini untuk kegunaan pengunjung yang datang.
Lokasi:
Baling, Kedah
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan,
09000 Kulim, Kedah.
Tel. : 04-4903760
 
Terletak 30 km dari Pekan Baling, 90 km dari Bandar Alor Setar. Boleh dihubungi melalui jalan raya.


HUTAN LIPUR BATU HAMPAR


Hutan Lipur Batu Hampar terletak dalam Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan utama yang boleh ditemui ialah Meranti melantai, Meranti langgong dan Meranti tembaga. Kebersihan dan kejernihan air Sungai Raga yang merentangi hutan lipur ini merupakan tarikan utama kawasan ini disamping kewujudan pokok-pokok besar yang cantik dan menarik.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Yan.
Hutan lipur ini menyediakan beberapa kemudahan asas seperti wakaf, tandas,jambatan dan denai hutan. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan disini adalah seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging disamping bersiar-siar serta mendaki gunung.
Lokasi: Yan, Kedah
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835

Terletak 3 km dari Pekan Yan, 40 km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan raya Alor Setar Ke Yan


HUTAN LIPUR TUPAH


HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM

 

Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti berkayak. Di sini juga tempat berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa. Antara aktiviti yang unik ialah mendaki gunung melalui denai hutan ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Gunung Bintang dan Banjaran Bintang.
 
Antara tumbuhan utama di kawasan ini ialah Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor. Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking serta bersiar-siar, berkayak, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di sini. Hutan Lipur ini juga sesuai untuk beristirahat dan menikmati keindahan flora.
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Selatan,
09000 Kulim, Kedah.
Tel. : 04-4903760
Terletak 33 km dari Bandar Kulim, 130 dari Bandar Alor Setar di hubungi melalui jalan raya.
Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Kulim atau Pekan Karangan ataupun Pekan Kuala Ketil.

 

 


Hutan Lipur Tupah berada dalam Hutan Simpan
Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah pada ketinggian 100 - 200 meter pada aras laut. Keunikan hutan ini ialah kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, beristirahat dan aktiviti berkumpulan. Terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
Hutan Lipur Tupah ini berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Hutan Dara dan tumbuhan utama yang terdapat di sini adalah seperti Meranti tembaga, Meranti sarang punai dan Keruing. Terdapat juga lain-lain tumbuhan seperti Simpoh dan Sepetir. Bagi mereka yang gemar dalam aktiviti lasak batu dinding di kawasan ini sesuai untuk aktiviti mendaki secara lasak dan mencabar. Bagi mereka yang berani dan tabah bolehlah mendaki sehingga ke puncak Gunung Jerai.
Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah,
08000 Sg.Petani, Kedah.
Tel. : 04-4212835
 
Terletak 14 km dari Pekan Bedong, 54 km dari Bandar Alor Setar. Boleh di hubungi melalui jalan raya.
Berbagai aktivit yang boleh dijalankan seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking, jogging, bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan ini.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Pekan Bedong.
 
  2007/2008
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  "merapatkan jurang digital"
"Terima Kasih Kerana melayari laman wen ini"
  "pembelajaran"
"Microsoft Word"
"Microsoft Excel"
"Microsoft Powerpoint"
"Internet"
  "Extra Pembelajaran"
"Microsoft Access"
"Microsoft Frontpage"
"Membina Laman Web"
"Macromedia"
  "pengguna online"
"limited untuk pengguna online adalah 1 jam sahaja.
  "pelatih"
"limited untuk pengguna yang dilatih selama 2 jam seminggu memandangkan pengguna yang ramai"
Today, there have been 3 visitors (5 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free