PUSAT INTERNET DESA KUPANG  
 
  Pertanian 05/22/2025 12:54pm (UTC)
   
 

Daerah Baling terkenal dengan buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan, langsat dan manggis. Kini Baling terkenal dengan hasil kontannya seperti durian, rambutan 'Deli Baling', dokong, nenas, jagung dan yang terbaru buah longan.

Dokong mula ditanam di Daerah Baling pada penghujung tahun 80-an apabila didapati permintaannya tinggi dan iklim daerah Baling yang tidak banyak perbezaan jika dibandingkan dengan Thailand. Bermula dengan hanya beberapa hektar, kini daerah Baling mempunyai lebih 500 hektar kawasan dokong menjadikan daerah ini sebagai daerah terbesar tanaman dokong di Kedah. Musim bagi hasil buah ini adalah antara hujung Julai dan berakhir awal September setiap tahun bergantung kepada cuaca.

Jagung mula ditanam enam tahun lalu secara agresif dan mendapat permintaan yang tinggi terutamanya dari negeri Pulau Pinang dan Perak. Tanaman jagung Taiwan juga digalakkan untuk diintegrasikan dengan ternakan seperti lembu. Ini kerana batang jagung yang diricikkan menjadi 'supplement' kepada pemakanan lembu.

Rambutan Deli Baling sangat istimewa kerana tahan lama dan tidak berair serta kualitinya diiktiraf untuk diimport kerana tidak mudah layu dah tahan sehingga lima hari.

Nenas juga turut ditanam iaitu nenas jenis 'morris' yang mudah dipasarkan. Pengusaha nenas ini juga mempunyai dua punca pendapatan iaitu menjual hasil tanamannya dan menjual benih nenas yang mendapat sambutan di pasaran.

 
  2007/2008
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  "merapatkan jurang digital"
"Terima Kasih Kerana melayari laman wen ini"
  "pembelajaran"
"Microsoft Word"
"Microsoft Excel"
"Microsoft Powerpoint"
"Internet"
  "Extra Pembelajaran"
"Microsoft Access"
"Microsoft Frontpage"
"Membina Laman Web"
"Macromedia"
  "pengguna online"
"limited untuk pengguna online adalah 1 jam sahaja.
  "pelatih"
"limited untuk pengguna yang dilatih selama 2 jam seminggu memandangkan pengguna yang ramai"
Today, there have been 13 visitors (22 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free